The Vocket

Viral Trending News

Telefilem "Saloma" dicetak rompak


4 Sep – Telefilem yang memaparkan kisah hidup Biduanita Negara, Saloma yang ditayangkan di saluran Astro First pada 28 Ogos lalu telah menjadi mangsa terbaru cetak rompak.
Perkara itu telah dinyatakan oleh Naib Presiden Bahagian Perniagaan Astro, Khairul Anwar Salleh yang kecewa dengan perkara itu.
"Dua hari lalu ada rakan memberitahu saya dia ternampak CD itu dijual kepada orang ramai dan dia turut mengirimkan saya gambar CD itu. Besar kemungkinan mereka melakukan cetak rompak itu menerusi tayangan di Astro First kerana ia baru saja ditayangkan di saluran itu.
"Mereka yang melakukan jenayah ini sangat licik dan mempunyai kepakaran teknologi yang sangat tinggi apabila boleh merakamkannya di mana-mana saja medium samada dari TV, YouTube dan sebagainya. Mana-mana program yang ada nilai, mereka akan merakamkannya," katanya kepadaHarian Metro.
Dalam pada itu, Khairul berkata, untuk mengekang jenayah ini ia menjadi tanggungjawab masyarakat untuk tidak membeli produk cetak rompak kerana kerana ia bukan sahaja salah dari segi undang-undang, tetapi ia juga seperti menyokong industri gelap.
0 Komentar untuk "Telefilem "Saloma" dicetak rompak"

 
Copyright © 2014 The Vocket - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info