The Vocket

Viral Trending News

Rita Rudaini nafi ganggu bekas suami


Dramatis popular Rita Rudaini menafikan dirinya dikatakan sengaja mengganggu kebahagiaan bekas suaminya Aidil Zafuan yang kini sudah pun mendirikan rumah tangga bersama Zarema Zainal berikutan tindakannya memfailkan beberapa tuntutan di mahkamah.
Rita dengan tegas menyangkal dakwaan tersebut dan memaklumkan tindakannya itu dilakukan kerana ingin mempertahankan maruah dan hak kedua orang anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin, 5 dan Airit Qaqa Arjuna, 3.
Rita Rudaini nafi ganggu bekas suami
"Ada yang cakap RM300,000 itu banyak, ada orang cakap sikit. Tapi pada saya, jumlah itu bukan ukuran maruah saya dan anak-anak. Maruah saya dan anak-anak tak boleh dijual beli. Jumlah itu setelah dikira oleh pihak peguam. Dan terpulanglah pada keputusan mahkamah.
"Kalau orang kata saya gila duit ke apa, saya rasa semua orang nampak saya kahwin dengan siapa. Kalau betul saya nak duit, dah lama saya kejar VIP ke kerabat ke... Saya juga bukan nak kacau kebahagiaan dia," ujarnya seperti yang dipetik dari laporan Malaysian Digest.
Dalam pada itu, Rita juga kecewa dengan sikap Aidil yang tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa walaupun dia cuba untuk merapatkan hubungan anak-anaknya dengan Aidil.
"Saya cuba perbaiki hubungan dia dengan anak-anak terutama dengan anak kedua saya sebab dia tinggalkan Arjuna sewaktu umur tujuh bulan. Arjuna tak pernah jumpa lelaki lain di rumah, tapi bila daddy dia datang, dia seronok.
"Tapi bila Aidil tak datang lagi menjenguk anak-anak, mereka mula bertanyakan pada saya mana daddy mereka. Apa saya nak jawab?," katanya.
Dalam perkembangan lain, Rita sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah drama bersama Siti Saleha dan Remy Ishak.
0 Komentar untuk "Rita Rudaini nafi ganggu bekas suami"

 
Copyright © 2014 The Vocket - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info