The Vocket

Viral Trending News

Abby Abadi nafi kekasih baru

Abby Abadi nafi ada kekasih baru

9 Sep – Pelakon Abby Abadi menyangkal dakwaan kononnya dia kini sedang bercinta dengan seorang lelaki bujang bergelar ustaz.
"Jangalah cakap macam-macam, sebagai wanita saya malu dan tak manislah. Dia bukan kekasih baru, tapi kawan dah lama kenal," katanya kepada Harian Metro.
Pada masa sama, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan mengakui mereka bukan kawan biasa tetapi kawan baik.
"Saya tak boleh nak komen apa-apa lagi mengenai status kami. Dia bukan kekasih baru seperti yang ramai sudah salah sangka. Kami dah empat tahun kenal.
"Dia yang mengajar anak-anak dan saya mengaji sebelum ini sebab itu kami panggil dia ustaz. Hakikatnya kami bukan kawan biasa tapi memang baik. Cuma janganlah tanya lebih lanjut sebab tak manis saya nak cakap mengenai soal hubungan ."
Dalam pada itu, Abby, 37, berkata, dia akan mengambil pendirian untuk tidak bercerita atau mengulas lanjut mengenai perkara ini kerana ia akan mengundang banyak spekulasi.
"Semuanya masih samar ketika ini, jadi buat masa ini biarlah saya berdiam diri. Saya pun tak mengharapkan apa-apa yang lebih sebab kami memang berkawan selama ini pun.
"Kalau ada apa-apa yang lebih serius atau ada jodoh kami, saya tentu akan beritahu nanti."
0 Komentar untuk "Abby Abadi nafi kekasih baru"

 
Copyright © 2014 The Vocket - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info